Rabu, 23 Disember 2015

*Resepi* Sup Cendawan Berkrim


Bahan-bahan
7-10 cendawan butang saiz sederhana (hiris nipis)
90gm mentega 
1 biji bawang besar Holland (potong dadu saiz kecil)
1 ulas bawang putih (ketuk)
1.2 liter stok ayam , zul guna 1 kiub jenama Maggi(didihkan dan diketepikan
1 cawan susu segar/cair
3 sudu besar tepung gandum.
Secubit Oregano,parsley (sekiranya ada)
Lada hitam dan garam secukup rasa.



Cara Memasak

1. Panaskan mentega  dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
Goreng sehingga bau harum
2. Kemudian masukkan cendawan butang(dihiris) dan kacau selama 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan stok ayam dan kacau sebati dan biarkan mendidih.
6. Ketika sudah mendidih ,ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika.
7. Dengan menggunakan “food processor” atau “blender” hancurkan (blend) sup tadi sehingga sebati.
8. Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan  susu dan biarkan mendidih.
9. Selepas mendidih , matikan api dan hidangkan ketika panas.
10. Taburkan parsley/oregano dan lada hitam di atas sup. Sesuai dihidang bersama roti bawang putih (garlic bread)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan