Jumaat, 25 Disember 2015

*Resepi* Roti Lapis Daging Berkeju


Bahan-bahan

12 keping roti.
3 biji telur.
200 ml susu segar.
8 keping kepingan keju.
Garam secukup rasa.
Inti daging
300 gm daging cincang.
2 ulas bawang putih (cincang halus).
1 labu bawang besar (potong dadu).
2 Sudu Besar perencah daging Lada Hitam Maggi.
1 sudu teh lada hitam (tumbuk halus).
2 batang cili padi (hiris halus).
1 batang lada merah (hiris halus).
1 sudu teh daun sup dan daun bawang(dimayang).
Sedikit minyak untuk menumis dan mentega untuk mengoles.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak

1.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga harum.
2.Masukkan daging dan goreng sehingga daging empuk.
3.Masukkan perencah daging lada hitam.Gaul.
4.Tambahkan serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
5.Masak hingga kering dan daging empuk.
6.Masukkan lada merah, cili  padi, daun sup dan daun bawang.Gaul.
7.Tutup api dan biarkan sejuk.
8.Sediakan loyang atau bekas pembakar.
9.Oles bekas atau loyang pembakar dengan mentega.
10.Gaul telur, susu serta secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu.
11.Celup roti dalam adunan telur dan susun kedalam loyang pembakar satu lapisan.
12.Kemudian ratakan inti daging diatas roti dan letak kepingan keju diatas inti daging.
13.Ulang proses yang sama sehingga roti habis.
14.Baki susu dan telur dituang kedalam loyang pembakar.
15.Bakar dalam periuk ajaib selama 15 minit.


 Saiz Hidangan:4-6 Orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan