Isnin, 28 Disember 2015

*Resepi* Gulungan Sosej Berkeju Mudah


Bahan-bahan

6 batang sosej
6 keping roti putih
6 keping keju
400 gram serbuk roti
2 biji telur(dipukul kembang)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara Memasak

1.Letakkan sekeping keju diatas roti putih yang telah dileperkan tadi
2.Kemudian letakkan sebatang sosej diatasnya dan gulung sehingga ketat dan sapukan telur diatasnya untuk melekatkannya.
3.Setelah itu , celupkan gulungan roti tersebut kedalam bancuhan telur dan gollekan diatas serbuk roti
4.Akhir sekal , goreng roti sosej sehingga kekuningan dan dipotong dua.Sedia untuk dihidangkan.

Saiz Hidangan:4-6 Orang

Ahad, 27 Disember 2015

*Resepi* Grilled Chicken With Lemon


Bahan-bahan

3 sudu minyak zaitun
6 ketul peha ayam
Garam & Lada hitam
1 biji bawang holand (dihiris kasar)
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji kentang (dihiris halus)
1 cawan air rebusan ayam
½ epal cider
2 sudu perahan lemon
Beberapa batang rosemery
Herba thyme

Cara Memasak

1.Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2.Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3.Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4.Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5.Mula tumis bawang hingga harum
6.Masukkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7.Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8.Kemudian, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9.Gaul sehingga rata dan masukkan juga beberapa batang daun rosemary.
10.Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11.Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12.Alihkan penutup dan masukan jus perahan lemon.
13.Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.


Saiz Hidangan:6-8 Orang



*Resepi* Grilled Salmon With Lemon


Bahan-bahan

Ikan salmon(fillet)
Halia muda (hiris)
Bawang putih (ketuk @ hiris)
1 biji lemon (perah jus)
Sos ikan atau kicap sotong secukupnya
Garam dan Perencah perasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya

Cara Memasak

1. Lumur ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam mengikut citarasa.
2. Letak halia, bawang putih, jus lemon, sos ikan atau kicap sotong, sedikit garam dan perasa.
3. Masukkan kepingan ikan dan perap 30 min-1 jam.
4. Panggang ikan hingga masak (guna kuali leper jer, letak sikit minayk zaitun).
5. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis untuk menambah kesedapan.


Saiz Hidangan:1-2 Orang

Jumaat, 25 Disember 2015

Signature Dish:Milky Fettucini Carbonara



Bahan-bahan

Bahan A
1/3 Fettuccine
1 tsp garam
1 tsp mentega

Bahan B
2 ulas bawang besar(potong dadu)
2 ulas bawang putih(cincang halus)
1/2 tin cendawan butang(hiris)
1 bahagian dada ayam(potong kecil)
1/3 capsicum merah(potong kiub)
1/3 capsicum hijau(potong kiub)
Sedikit minyak masak untuk menumis 

Bahan C
1/2 tin sup krim cendawan(Campbells)
100ml susu krim sejat
2 tbsp keju parmesan(disagat)
1 tsp serbuk oregano/rosemary
1 tsp perencah secukup rasa
2 tsp lada hitam(ditumbuk)

Cara Memasak

1.Rebus Bahan A sehingga masak dan tos.Ketepikan.
2.Panaskan minyak,tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan Bahan B yang lain.Masak sehingga 2/3 masak.
3.Kemudian perlahankan api dan masukkan Bahan C ,Biarkan selama 5 minit
4.Gaul fettuccini bersama kuah , sedia untuk dihindangkan.

Saiz Hidangan:1-3 Orang





*Resepi* Roti Lapis Daging Berkeju


Bahan-bahan

12 keping roti.
3 biji telur.
200 ml susu segar.
8 keping kepingan keju.
Garam secukup rasa.
Inti daging
300 gm daging cincang.
2 ulas bawang putih (cincang halus).
1 labu bawang besar (potong dadu).
2 Sudu Besar perencah daging Lada Hitam Maggi.
1 sudu teh lada hitam (tumbuk halus).
2 batang cili padi (hiris halus).
1 batang lada merah (hiris halus).
1 sudu teh daun sup dan daun bawang(dimayang).
Sedikit minyak untuk menumis dan mentega untuk mengoles.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak

1.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga harum.
2.Masukkan daging dan goreng sehingga daging empuk.
3.Masukkan perencah daging lada hitam.Gaul.
4.Tambahkan serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
5.Masak hingga kering dan daging empuk.
6.Masukkan lada merah, cili  padi, daun sup dan daun bawang.Gaul.
7.Tutup api dan biarkan sejuk.
8.Sediakan loyang atau bekas pembakar.
9.Oles bekas atau loyang pembakar dengan mentega.
10.Gaul telur, susu serta secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu.
11.Celup roti dalam adunan telur dan susun kedalam loyang pembakar satu lapisan.
12.Kemudian ratakan inti daging diatas roti dan letak kepingan keju diatas inti daging.
13.Ulang proses yang sama sehingga roti habis.
14.Baki susu dan telur dituang kedalam loyang pembakar.
15.Bakar dalam periuk ajaib selama 15 minit.


 Saiz Hidangan:4-6 Orang

*Resepi* Kentang Goreng Rangup


Bahan-bahan
2 Biji kentang
garam secukup rasa
1 tsp baking power(diayak)
1 tsp baking soda(diayak)
2 tbsp tepung gandum(diayak)

Cara Memasak

1.Potong kentang dalam saiz jalur nipis(terpulang)
2.Rebus kentang dengan secubit garam sehingga 1/2 masak.
3.Gaul kentang bersama baking soda dan tepung gandum.
4Goreng hinggan warna kentang keemasan
5.Hidang bersama sos cili dan mayonis


Saiz Hidangan:2-3 Orang

Khamis, 24 Disember 2015

*Resepi* Ayam Masak Lada Hitam


Bahan-bahan

1 bahagian paha ayam(dibersihkan dan dipotong kecil)
1/2 bawang besar(hiris nipis)
2 ulas bawang putih(dimayang)
1 cm halia(cincang halus)
1 batang serai(dititik)
2 cili padi
1 tbsp lada hitam(ditumbuk)
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
1 tbsp sos tiram
kicap pekat manis secukupnya
garam dan kunyit mengikut citara
minyak untuk menggoreng
Cara Memasak

1.Lumur ayam dengan garam serta kunyit , goreng senhingga 2/3 masak.Ketepikan.
2.Panaskan minyak , tumins bawang besar , bawang putih , halia , serai ,  cili padi ,  hingga naik bau.
3.Kemudian masukkan semua sos dan kicap , gaul sekata.Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak sepenuhnya.
4.Sedia untuk dihidangkan.

Saiz Hidangan:2-3 Orang